Aku Cintakan Kelelahan…

Posted: October 12, 2012 in Uncategorized
Terlalu banyak kalimah Rabb yang termaktub di dalam kalam-NYA yang mencerita dan menjanjikan kemenangan yang sebenar bagi orang-orang yang berjuang dan memperjuangkan agama yang mulia ini. Ayat itu ayat ini..surah itu surah ini…Nah sudah cukup rasanya untuk menidakkan kehadiran kita di dalam barisan kemenangan ini  namun realiti hari ini menyaksikan orang kebanyakkan tidak sedar kedahsyatan tawaran ini yang mana jika dihebahkan sehingga faham, saya pasti manusia lebih tertarik untuk bersama dengannya.
Lebih membarah sekiranya yang sudah kenal apa itu tarbiah dan sudah ‘masak’ dengan daurah dan khatibah, beranggapan sudah cukup baik sebenarnya berada dalam assabiyah kebaikkan, tidak perlu lebih-lebih. “Allah tidak membebani umatnya melebihi kemampuannya…”kalau inilah hujah yang acapkali diulang-ulang, saya tidak mahu paksa, teruskan dengannya. Cuma anda sebenarnya sudah terlalu hampir namun tidak cukup untuk menikmati kelazatan kepenatan itu.
Namun suka untuk saya coretkan satu pesanan yang  saya kira cukup layak untuk si penuturnya menuturkan kata-kata ini.
 “Barangsiapa yang telah berazam dalam hidupnya, untuk hidup bersama dengan agamanya, maka dia akan hidup dalam kelelahan. Namun bagaimanapun (walau lelah) dia hidup dalam keagungan dan menjemput kematian dalam keagungan”.
Sosok tubuh yang saya mimpikan untuk jadi sepertinya ialah As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Rujuklah banyak bahan samada di internet mahupun buku-buku kisah perjuangan beliau yang telah menikmati kelelahan itu demi menegakkan agamaNYA sehinggakan 3 butir peluru berpandu Israel laknatullah pun mencemburuinya. Dengan kerusi roda dan selendang itulah beliau diarak ke sana ke sini memberi nur agama buat yang mendambakannya. Penghujung hidupnya bertemukan syahid yang kita semua heboh-hebohkan. Wah jelousnya!
Hidup seharian sebagai insan yang inginkan kebaikkan kepada umat memang memenatkan sehingga kadang-kadang si suami mengelah isteri mendengar juga sebaliknya, itu lumrah.Berpagian sehingga ke lewat malam ada sahaja perencanaannya. Bukan itu sahaja, kewangan juga merasai kelelahan itu sehinggakan cukup bulan duit simpanan sekadar cukup minum kopi di kedai mamak sahaja setelah banyaknya duit masuk ke poket dakwah.
Wah kesiannya. Hidup apa seperti ini? “
Namun yakinlah sudah ramai manusia hebat yang telah melalui kepayahan dan kepenatan ini dan mereka berjaya di neraca Allah. Bukankah itu juga yang kita cemburukan?
Ayuh bersemangatlah!
Pilihlah jalan yang terbaik untuk penghidupan anda di akhiran nanti. Inshallah mudah-mudahan kita jumpa di sana.
Image

Nota untuk Semua

Posted: August 28, 2011 in Uncategorized

Perasaan tenteram dan indah ketika bulan ini mungkin akan hilang namun azamlah pada diri kalian semua bahawa amal yang berlangsung dan yang dipupuk sepanjang bulan ini akan tetap berterusan.Peliharalah perasaan seronok beribadah dan menangis dalam doa itu dan teruskan berdoa agar Allah beri kekuatan.Yet another 11 months to go.Hasbunallah wa ne’mal wakeel.

Resolusi after Ramadhan:

a) tadarus al-quran

b) qiam

c) sadaqah + salaam

d) zikr + istighfar

e) solat sunat qabla/ba’da

f) puasa sunat

g) giving tazkeerah (fb/blog)

h) jg tepi kain orang (da’wah)


Bismillah.ayuh teruskan.

nusrah

Posted: July 3, 2011 in Uncategorized

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah swt dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing (sepertimana nama di dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian.”

Sunat memberikan nama yang baik dan mencukur rambut pada hari ketujuh kelahiran bayi. Jadi umi dan abi menamakan saya NUSRAH BINTI AMIR FARID. alhamdulillah~!

Our Little Mujahidah

Posted: June 28, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah memperkenalkan our little mujahidah. Kami (saya+isteri) memohon doa kalian agar kami diberi kekuatan dan hikmah dalam mendidik beliau. Moga kehadiran  ahli baru memberi tonik dan semangat yang lebih untuk jadi insan yang lebih baik di masa hadapan.

Lar patut lar…

Posted: June 17, 2011 in Uncategorized

Salam semua!

Fenomena dunia kini jika anda semua perasan begitu berkecamuk sekali. Keadaan sudah hiruk pikuk, manusia semakin hari semakin hilang arah dan kabur matlamat hidup. Saya sendiri sesak nafas dan pening melihatkan semua ini berlaku di hadapan mata apatah lagi anda semua yang sedang membaca ini. Baik mari kita kecilkan skop kepeningan kepala ini kepada fenomena yang lebih kecil sedikit supaya anda semua boleh faham dan saya sendiri tidak susah hendak menerangkannya.

Sebagai penjawat awam (gomen), fenomena biasa yang saya alami ini telah menjadi luar biasa semenjak akhir-akhir ini. Apa isunya? MEROKOK lah isunya! mungkin anda setuju mungkin juga tidak. Jika anda penghisap rokok tegar boleh jadi anda tidak nampak apa yang berbeda perokok dahulu dengan sekarang namun bagi kami yang tidak merokok, segalanya menyesakkan dada kami. Gejala merokok ini kini sangat luar biasa pencapaiannya. Saat ini tidak ada celah mahupun pelosok yang tidak ada si-perokok hatta di veranda masjid mahupun surau. Saya sendiri tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan peratusan perokok mencanak begitu tinggi kebelakangan ini. Adakah mereka begitu tertekan (tension) sehinggakan perlukan penangan minyak tar,naptalin, geranalin dan sebagainya untuk menjadi tenang?

 

Adakah mereka jahil atau tidak mengikuti perkembangan terkini bahawa rokok telah pun diharamkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal ehwal Islam Malaysia ke-37 pada 23 Mac 1995? Rata-rata bila mereka sudah diedarkan pamplet mengenai isu ini telah ambil maklum namun terus setia menghisap asap.

Mungkin juga kerana status atau pandangan umum terhadap orang yang merokok dilihat sebagai up to date , jadi berlumba-lumbalah mereka terutamanya anak-anak muda berlatih memegang rokok dan menghidupkan lighter?

Mungkin anda sendiri wahai pembaca budiman boleh menyenaraikan banyak lagi punca mahupun asbab (sebab) mengapa fenomena luar biasa ini berlaku. Namun saya lebih suka memfokuskan satu isu yang rasanya punca kepada permasalahan yang berlaku. Punca yang mungkin tidak ramai yang tahu oleh sebab kurang pendedahan atau mungkin sebab tidak ambil kesah dan terus mengiyakan dan diam membatu.

Wahai sahabat pembaca sekalian, carta di atas adalah pecahan keuntungan hasil penjualan sebatang rokok iaitu pada harga rm0.35 sen namun jika dikemaskini harga semasa, sebatang rokok telah mencapai rm0.50-rm0.60 sebatang. Walaubagaimanapun, untuk hujah kali ini kita berpegang pada harga rm0.35 sebatang. Amati dengan teliti dimanakah pecahan paling besar keuntungan itu pergi…66.3% keuntungan itu masuk sebagai cukai ke dalam dana pemerintah. Namun kenapa yang dihighlightkan dengan warna merah menjurus kepada keuntungan pengilang rokok dan harga sebenar rokok? Adakah ianya suatu helah untuk mengelirukan?

Seringkali kita terdengar berita rampasan penyeludupan rokok “haram” dari negara jiran dibawa masuk secara senyap-senyap didada akhbar mahupun media interaktif. Mengapa digunakan istilah penyeludupan rokok “haram” sedangkan kita semua sudah hafal bahawa rokok itu memang haram. Pemahaman umum penyeludupan rokok “haram” itu bermaksud haram kerana tidak bayar cukai! Oleh sebab itu rokok itu jadi double haram! Namun jika penyeludup ini mengikut prosedur yang betul, membayar segala macam cukai, sudah pasti rokok tersebut jadi “Halal” dari segi undang-undang dan prosedur.

Sebenarnya segala kempen-kempen yang dijalankan seperti “Tak Nak Merokok!” dan sebagainya adalah tindakan yang kurang teliti (sia-sia?). Mungkin usaha itu sebagai merasionalisasikan atau meneutralkan perkara negatif agar tampak tidak keterlaluan. Akhirnya kerugian berbalik kepada saya dan anda semua. Semua ini bermula dari kita sendiri dan kepada kitalah kesan itu akan kembali. Didiklah diri kita dengan ilmu islami sebanyaknya, kongsilah kebaikan itu dengan ahli keluarga kita dan pimpinlah masyarakat sekeliling kita dengan ajaran haq yang sebenar-benarnya.

Lar patutlar…..fenomena ini bertambah luar biasa!

sama-sama renungkan.

 

 

Si Dia Berpesan…

Posted: June 7, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t

“Rosaknya masyarakat dalam sebuah negara adalah disebabkan oleh rosaknya raja atau pemerintahnya. Manakala rosaknya raja dan pemerintah itu sendiri adalah akibat daripada rosaknya para ulama dan rosaknya para ulama itu adalah kerana rosaknya hati mereka. Dan rosaknya hati mereka adalah kerana kecintaan kepada dunia serta melupakan akhirat.”

Jadi inginkah kita melihat negara kita sama seperti apa yang diulas oleh imam Ghazali?

Renung-renungkan bersama.

wassalam

Astaka Tilawah Al-Quran 1432H

Posted: April 28, 2011 in Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t

Lintas langsung dari Pusat Dakwah Islam Paroi;

Keagungan senibina Islam Andalusia telah dipilih dan diadaptasi dalam rekabentuk astaka tilawah. Pemilihan konsep ini amat bersesuaian sekali dalam usaha mengimbau kembali zaman kehebatan empayar Islam ketika mana Al-Quran mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat di samping menjadi rujukan utama dalam kehidupan seharian.

Menurut En Amir Farid Sabuddin, arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan yang merekabentuk astaka tilawah tahun 1432 Hijrah ini, proses pembinaan astaka tersebut mengambil masa selama seminggu untuk disempurnakan. Pentas utama astaka terdiri daripada lima panel yang disusun mengikut hieraki di mana pentas utama menempatkan ruang bagi qari dan qariah memperdengarkan alunan suci Al-Quran. Setiap panel di pentas astaka dilengkapi dengan gerbang bercirikan senibina Moorish (Moorish Architecture) dan kerawang bermotifkan corak geometri Islam. Kedua-dua elemen tersebut merupakan ciri utama yang terdapat dalam senibina Moorish.

Kepentingan Rukun Islam dalam kehidupan seseorang individu Muslim secara langsung dizahirkan melalui lima panel yang bertindak sebagai struktur utama bagi pembinaan astaka tilawah ini. Kalimah Allah dan Muhammad yang terdapat pada panel utama ditonjolkan dengan menggunakan kaligrafi khufi bagi memberi nilai astetik kepada keseluruhan rekabentuk astaka disamping menonjolkan kekuatan dan kepentingan kedua-dua kalimah tersebut seperti mana yang terkandung di dalam kalimah syahadah . Pemilihan warna yang kontemporari iaitu warna kelabu dan putih memberi sentuhan moden kepada senibina astaka tersebut tanpa mengambil mudah perincian setiap elemen pada astaka tilawah tersebut. Senibina Moorish tidak akan lengkap jika tidak diserikan dengan tumbuhan renek hijau dan air pancut di sekitar pentas utama. Elemen hijau ini secara tidak langsung memberi keseimbangan dan ketenangan kepada konsep keseluruhan astaka.

Pandangan astaka dari kaca mata penonton

si-perekacipta dan sahabatnya

Gambaran asal idea astaka

Semoga ruh Islam tidak sekadar dipertonton pada zahirnya, namun yang lebih kritikal ialah bagaimana Islam yang indah itu meliputi dan mambaluti malah menyerapi setiap anggota dan tindak tanduk kita.

wassalam

amir farid sabuddin

updated

Liputan Malaysia Harmoni