Lar patut lar…

Posted: June 17, 2011 in Uncategorized

Salam semua!

Fenomena dunia kini jika anda semua perasan begitu berkecamuk sekali. Keadaan sudah hiruk pikuk, manusia semakin hari semakin hilang arah dan kabur matlamat hidup. Saya sendiri sesak nafas dan pening melihatkan semua ini berlaku di hadapan mata apatah lagi anda semua yang sedang membaca ini. Baik mari kita kecilkan skop kepeningan kepala ini kepada fenomena yang lebih kecil sedikit supaya anda semua boleh faham dan saya sendiri tidak susah hendak menerangkannya.

Sebagai penjawat awam (gomen), fenomena biasa yang saya alami ini telah menjadi luar biasa semenjak akhir-akhir ini. Apa isunya? MEROKOK lah isunya! mungkin anda setuju mungkin juga tidak. Jika anda penghisap rokok tegar boleh jadi anda tidak nampak apa yang berbeda perokok dahulu dengan sekarang namun bagi kami yang tidak merokok, segalanya menyesakkan dada kami. Gejala merokok ini kini sangat luar biasa pencapaiannya. Saat ini tidak ada celah mahupun pelosok yang tidak ada si-perokok hatta di veranda masjid mahupun surau. Saya sendiri tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan peratusan perokok mencanak begitu tinggi kebelakangan ini. Adakah mereka begitu tertekan (tension) sehinggakan perlukan penangan minyak tar,naptalin, geranalin dan sebagainya untuk menjadi tenang?

 

Adakah mereka jahil atau tidak mengikuti perkembangan terkini bahawa rokok telah pun diharamkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal ehwal Islam Malaysia ke-37 pada 23 Mac 1995? Rata-rata bila mereka sudah diedarkan pamplet mengenai isu ini telah ambil maklum namun terus setia menghisap asap.

Mungkin juga kerana status atau pandangan umum terhadap orang yang merokok dilihat sebagai up to date , jadi berlumba-lumbalah mereka terutamanya anak-anak muda berlatih memegang rokok dan menghidupkan lighter?

Mungkin anda sendiri wahai pembaca budiman boleh menyenaraikan banyak lagi punca mahupun asbab (sebab) mengapa fenomena luar biasa ini berlaku. Namun saya lebih suka memfokuskan satu isu yang rasanya punca kepada permasalahan yang berlaku. Punca yang mungkin tidak ramai yang tahu oleh sebab kurang pendedahan atau mungkin sebab tidak ambil kesah dan terus mengiyakan dan diam membatu.

Wahai sahabat pembaca sekalian, carta di atas adalah pecahan keuntungan hasil penjualan sebatang rokok iaitu pada harga rm0.35 sen namun jika dikemaskini harga semasa, sebatang rokok telah mencapai rm0.50-rm0.60 sebatang. Walaubagaimanapun, untuk hujah kali ini kita berpegang pada harga rm0.35 sebatang. Amati dengan teliti dimanakah pecahan paling besar keuntungan itu pergi…66.3% keuntungan itu masuk sebagai cukai ke dalam dana pemerintah. Namun kenapa yang dihighlightkan dengan warna merah menjurus kepada keuntungan pengilang rokok dan harga sebenar rokok? Adakah ianya suatu helah untuk mengelirukan?

Seringkali kita terdengar berita rampasan penyeludupan rokok “haram” dari negara jiran dibawa masuk secara senyap-senyap didada akhbar mahupun media interaktif. Mengapa digunakan istilah penyeludupan rokok “haram” sedangkan kita semua sudah hafal bahawa rokok itu memang haram. Pemahaman umum penyeludupan rokok “haram” itu bermaksud haram kerana tidak bayar cukai! Oleh sebab itu rokok itu jadi double haram! Namun jika penyeludup ini mengikut prosedur yang betul, membayar segala macam cukai, sudah pasti rokok tersebut jadi “Halal” dari segi undang-undang dan prosedur.

Sebenarnya segala kempen-kempen yang dijalankan seperti “Tak Nak Merokok!” dan sebagainya adalah tindakan yang kurang teliti (sia-sia?). Mungkin usaha itu sebagai merasionalisasikan atau meneutralkan perkara negatif agar tampak tidak keterlaluan. Akhirnya kerugian berbalik kepada saya dan anda semua. Semua ini bermula dari kita sendiri dan kepada kitalah kesan itu akan kembali. Didiklah diri kita dengan ilmu islami sebanyaknya, kongsilah kebaikan itu dengan ahli keluarga kita dan pimpinlah masyarakat sekeliling kita dengan ajaran haq yang sebenar-benarnya.

Lar patutlar…..fenomena ini bertambah luar biasa!

sama-sama renungkan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s