Assalamualaikum w.b.t
Malaysia, 18 Mac 2011.
” Rosmah Mansor berkata bahawa berlakunya tsunami kerana kerajaan Jepun tidak menitik-beratkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya “
Manusia yang celik dan bijaksana lantas merujuk kepada apa saja perkara yang berlaku di sekelilingnya kepada Tuhan sang Pencipta. Manusia yang peka terlebih dahulu menyalahkan diri sendiri dan me-refleksi segala yang berlaku sebagai sebahagian teguran terus Maha Pencipta kepada dirinya. Manusia yang bijak juga senantiasa update dan faham siituasi sebenar apa yang berlaku dan lebih penting sedar dan waras terhadap setiap patah perkataan yang keluar dari dalam dirinya.
Environmental factors and Climate changes
Dunia arsitektur di Malaysia sedikit sebanyak terpengaruh dengan senibina dari negara matahari terbit tersebut. Kesedaran negara Japang dalam isu-isu alam sekitar sudah jauh lebih mendalam dan terperinci jika hendak di bandingkan dengan tanah air kita. Di ibaratkan mereka sebagai ‘sifu’ kepada kita dalam banyak perkara sehinggakan wujudnya ‘Dasar Pandang ke Timur” dan sebagainya. Dunia arsitektur Japang telah menonjolkan barisan arsitek yang begitu dinamik dan kreatif dalam mengekspresikan ke-cintaan mereka kepada senibina mesra alam juga manusia. Biar saya bagi contoh salah seorang idola/sifu saya yang menjadi rujukan ketika mana saya sedang menyelesaikan thesis tahun akhir;
Shigeru Ban;
Pakcik Shigeru Ban
Shigeru Ban bersama jambatan yang diperbuat daripada paper tube
Curtain House oleh Shigeru Ban
Corrugated House
Shigeru Ban merupakan ‘antara’ contoh individu terbaik yang menguasai mentaliti cintakan alam sekitar dan sedar akan keperluan meminimakan tekanan kepada alam sekeliling. Contoh minor ini sebenarnya refleksi kepada mentaliti major masyarakat umumnya. Mereka teliti dari segi bagaimana sesebuah bangunan itu dibina, materi yang dipilih dan susunatur dalaman sesebuah bangunan itu sendiri. Beberapa contoh lain juga
Japan Eco House
Luaran Japan Eco House
Japanese Production Facilities
Ini hanya sebahagian kecil contoh-contoh kecil individu-individu yang mempunyai mentaliti concern “ faktor alam sekitar dan perubahan iklim” dalam bidang masing-masing. Ini belum diambil kira dalam bidang mega yang lain. JIka hendak diikutkan logik, mentaliti perlunya alam dijaga dan di hormati dikalangan masyarakat jepun sudah lama sebati dan tepu jika hendak dibandingkan dengan masyarakat malaysia sendiri yang baru hendak merangkak dalam memupuk ideologi murni ini.
Mentaliti Rosmah
” Rosmah Mansor berkata bahawa berlakunya tsunami kerana kerajaan Jepun tidak menitik-beratkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya “
Setiap individu mempunyai hak dan kebebasan dalam menyuarakan pendapat lebih-lebih lagi di abad serba canggih ini, hatta begitu pantasnya pendapat kita menerobos setiap inci rangkaian internet sehinggakan tidak sempat kita mengerdipkan mata. Namun begitu, di situ jugalah masyarakat dapat menilai betapa bernas dan logiknya pendapat kita juga. Segala butir permata yang keluar dari mulut kita mampu memberi refleksi positif dan sebaliknya dan sudah tentu meletakkan satu standard “kita ini orang yang bagaimana”. Contoh mudah, “Saya sangat cintakan binatang”. Secara terusnya kita akan faham individu terbabit berhati lembut dan bersimpati sehinggakan tidak memilih untuk mencintai binatang jenis apa sekalipun. Beliau sanggup berkorban tenaga, masa dan ringgit demi mencerminkan kecintaan beliau. Beliau mungkin sanggup berdemo dan berarak, memekik sana sini demi menegakkan hak para binatang sekalian. Mengikut fitrah umum dan pandangan’ biasa’ masyarakat, langkah-langkah yang saya senaraikan di atas logik dan mungkin akan dilaksanakan oleh individu terbabit sebab ianya simple dan relevan dengan suasana semasa.
Tetapi mari refleksi kenyataan di bawah ini:
” Rosmah Mansor berkata bahawa berlakunya tsunami kerana kerajaan Jepun tidak menitik-beratkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya ” (ini kali ke-3 dah ini)
Bagaimana kita hendak menilai kenyataan ini? Anda renung-renungkanlah.
Mentaliti Muslim
Segala yang berlaku di negara Japang sepatutnya suatu pengaajaran yang berguna kepada insan yang bernama muslim dan adalah sangat perlu sebenarnya kita lebih-lebih lagi merisaukan keadaan umat di negara kita sendiri. Malaysia kini boleh merasa sedih dan pilu kerana sudah boleh berdiri sama tinggi dengan negara-negara barat, menjadi juara dalam hiburan dan maksiat!.Perlulah kita semua ingat, musibah yang berlaku tidak mengenal darjat. Andai ditakdirkan kita terkena, jangan mengaduh dikemudian hari. Janganlah kita menjadi sebahagian daripada agen-agen yang bakal menjemput bala dasyat dari Allah s.w.t. Mulianya seseorang insan itu bukan kerana penjawatan dan kekayaan yang berbilion dolar namun kemuliaan itu hadir dengan pengiktirafan oleh Tuhan Maha Penyayang akan ketakwaan kita kepadanya.
wassalam
p/s: “Musibah itu semua dari Tuhan si-Pencipta” <—–kan senang kalau jawab macam ini!